Thursday, 28 March 2013

~ Mood Yang Swing-Swing ~

Assalamualaikum....Hello....

Lama benar rasanya aku tinggalkan blog nie....Ehehehe....Yela sekarang balik kul 4.30. Sebelum ni aku balik kul 5.30 so adelah masa nak hupdate blog kan. Sekarang agak terbatas sikit. Apepun akan diusahakan... Ehehehe...

Sebenarnya banyak benda aku nak cerita kat sini sepanjang aku mengilangkan diri dari alam maya nie. Benda pertama sekali yang wat aku teruja. Yeaaa... Alhamdulillah aku dah mengandung kali buat kali kedua selepas keguguran. Maha suci Allah yang Maha Besar dan Maha Mengasihi. Sekarang dah 9 minggu. Hope baby oke n baik-baik saja ye. Teringat pulak pada entri ni rindu nak mengandung lagi....

Tapi benda yang aku wonder sekarang adalah bagaimana lah masa depanku selepas bersalin nanti. Maybe aku da xda kerja sebab aku kan PSH. Pas bersalin mesti tamat kontrak. Huhuhuhu. Risau sangat sebenarnya. Kadang2 jeles tengok rezeki orang lain. Ada ke patut kan. Entah la. Cuma aku berharap agar Ya Rabb tetap melimpahkan rezeki dan nikmatnya masih kepadaku dari mana-mana jalan yang aku sendiri tak tahu dan tidak disangka-sangka. Sangat-sangat berharap. Semoga ada rezeki untuk baby. Semoga dapat kerja tetap dan Goverment ni walaupun aku sendiri tak da idea kat celah mana rezeki yang aku harapkan tu. Betul-betul xda idea sebab aku ni xlayak pun duduk mana-mana position dalam Goverment. Tapi aku akan terus berharap dan berharap sampai bila2 semoga ada peluang buat diri ini. Ya Rabb..Makbulkan la doa dan permintaan Hambamu..Amin..

Semoga ada rezeki untuk baby mama ye........Baby mama pembawa rezeki....



 Macam ni kah wajah baby nanti..Ehehehe..Chomellllllll..Adorable.




Atau beginikah. Sangat Cute. Mama suke.


Okebai...

Kotak hati berbicara: Esok aku g klinik wat check up. Tak sabar nak tengok heartbeat baby. Lip lap gitu. Harap2 nampak la ye. CH pun da amik time off nak temankan aku. Terharu. Oke2 je tau baby.

Friday, 25 January 2013

~ TERTITIS JUA AIR MATAKU ~

Salam Jumaat..Salam Sayyidul'ayam Penghulu Segala Hari....

Tiba2 hati ini tergerak untuk mengabadikan kisah seseorang yang aku memang langsung tidak kenali. Hari ini baru aku tahu nama dia, cerita dia, takdir dia, redha ibu bapanya dan sumpah aku tak kenal dia. Kenapa aku tergerak untuk menulis riwayat terakhir beliau. Ini kerana ada sesuatu yang terkesan di hati aku.Yaaa..ada sesuatu padanya yang memyebabkan jajariku laju dan lancar menaip. Sesuatu Pergantungan dan Husnuzzon pada penciptaNya yang tidak semua orang dapat lakukan. Sungguh...di akhir kisahnya, ia mampu menitiskan air mataku sungguh pun aku tidak mengenali dia. Semoga kisahnya bermanfaat kepada semua. Dialah Almarhumah Siti Hajar Ahmad Sabir.

Coretan riwayat ini diambil daripada hasil penulisan rakan baik dan ibunya. Semoga bermanfaat.




6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013(Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir.

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


Kotak hati Berbicara : Alangkah sejuk perut ibu mengandung. Alangkah untungnya mendapat redha kedua orang tua. Alangkah indah sifatnya yang sentiasa Husnuzzon. Alangkah tabahnya kedua ibu bapanya. Mampukah aku jika berada pada kedudukan beliau atau kedua ibubapanya?

Wednesday, 23 January 2013

~ KFC DENGKIL YANG SUPERB ~

Selamat Petang & Haiii....


Mood berbunga2 hari ini sebabnya esok cutiiiiii. Yeahaaaa.... Semalam aku baru sebut pasal KFC Dengkil then malam tadi My Chenta Hati kate "Sok abg gaji.. Nak tak makan KFC Dengkil?". Of coz la aku tak menolak. Orang nak belanje kan. Hehehe....Anggap la sebagai nafkah buat Sang isteri ye. Semoga lebih berkat rezeki akan datang..

Oke. Entry kali ni aku nak cite pasal restoran fast food yang Marvelouss bagi aku la iaitu KFC yang terletak di Dengkil. Tak tau la nak cakap tapi rasa ayam dia memang lain la nak banding dengan KFC lain. Dia goreng ayam garing gile. Lau makan kat situ memang licin la sehingga menjilat jari kaki kanan. Pastu kite boleh request nak bahagian ape. Aku dan Chenta Hati selalu mintak Thigh (abaikan lau salah eja). Ehehehe...

(Surrounding KFC di Dengkil tu)

Sejak aku duduk Putrajaya ni aku jarang shopping atau jalan-jalan di Putrajaya. Kebanyakan masa kami pergi Dengkil. " Ape la duduk bandar tapi masuk kampung" . Lau ada orang yang kata gitu aku wat donno je sebab aku rase aku da terjatuh hati kat Dengkil. Sebab utama.....Senang nak cari parking dan tak jem. Mungkin aku jenis tak sabar nak menunggu kot. N aku xsuke nak serabut2. Lagi satu suasana dia best la. Cam kampung2 kan. dan yang paling penting aku dapat sedekahkan doa kapada yang telah meninggal dunia setiap kali pergi Dengkil. Ini kerana...............

(Tanah Perkuburan Islam Presint 20)

Setiap kali pergi Dengkil mesti kami lalu jalan potong kat Tanah Perkuburan ni. Tak kira siang atau malam. Tapi lau malam macam sunyi n seram sikit la. Hahaha...Tapi selamat jangan risau. Kalau lebih dari pukul 9 malam dah xboleh lalu sini sebab jalan akan ditutup. Mybe sebab takut ada orang buat pemujaan kot. Kat kawasan ini semua jenis perkuburan ada dari kubur Islam, Hindu, Cina, Free Thinker, dan Am. Pusat Kremotorium pun ada (betul ke aku eja ni). Ala..tempat pembakaran mayat nak jadikan abu tu.Sebelum sampai Dengkil di hujung Jari kawasan Putrajaya tu anda akan nampak.........Jeng..Jeng....Jeng.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

(Signboard Dengkil)

Ni je pun. Kehkeh. Tak da hantu la kawasan ni cuma ada pun makhluk halus je. Standard la hukum alam sudah tercatat bahawa dia berkongsi kehidupan dengan kita kan. Takut hanya pada Allah S.W.T je. Tapi memang Putrajaya adalah kawasan yang keras. Itu aku tak nafikan. Cumanya kite jangan terlampau fikirkan la benda tu kan. Oke. Lpas jalan ni kite terus masuk are Dengkil. Tak jauh pung. Then nanti nampak la KFC yang gergous tu. Hahahah....Cam nak meleleh pulak air liur ni....


Oke la sekian dulu entry ari ni. Tak bole blahh dah nak gerak g Kepsi ni. Aku akhiri entry kali ni dengan sorotan gambar dibawah....



(sedapnya sehingga menjilat jari)


Kotak hati Berbicara: Agak2 nanti sape sampai dulu umah...Aku ke Chenta Hati....Tak sabar nak menikmati supper malam ni..Lau orang belanje memang sume sedap kan.. Esok cuti. CH nak ajak g taman burung tengok burung. Bestnyeee... Somel je CH ni... Burung pun burung la janji dapat jalan2.....:)

Tuesday, 22 January 2013

~ PEKERJA SAMBILAN HARIAN???~

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia (Nak jgak)...


Baru je dapat duduk depan PC lepas dah siapkan semua kerja. Now masa untuk mencorat-coret. Oke la entry kali ini aku teringin nak share dengan semua pasal apakah itu Pekerja Sambilan Harian. Haaaa...pernah dengar tak kamu-kamu semua? Tak familiar sgat kan tetapi gelaran PSH itu terlalu sebati dalam hidup aku....

PSH bermaksud satu pekerjaan yang halal lagi suci. Haha..merapu lagi. Memang keje yang halal tapi agak dipandang sepi (sbb selalu orang jawatan tetap pandang sebelah mata). Ia adalah satu jawatan yg disediakan oleh kerajaan mengikut tempoh tertentu. Dalam pekeliling da state 3 bulan jerrr tapi bergantung juga pada sesuatu Jabatan tu (aku pernah dapat yang setahun). Dan pengambilan dia bukan lah melalui SPA seperti yang diidamkan oleh semua orang tetapi melalui Kemeterian tu sendiri. Camne nak apply?? Haaaa.... Antar je kat setiap kementerian yang korang kenan tu.....Camne nak dapat kan alamat??? Haaaa.....tu kene tanye Encik Google ye...Ehehehe....

Tak bagus sebenarnya kerja PSH ni tapi aku pun xtau nape aku suke keje ni. Secara logiknya macam buang masa je sebab jangan mimpi la Kerajaan nak serap. Mungkin ini je yang aku mampu wat masa ini. Macam manusia xda wawasan kan. Tapi sekurang2nya aku tak duduk umah goyang kaki dan tak menyusahkan orang. Yang penting aku dapat bagi duit lanjer bulanan kat Mak aku dan kadang kala belanjer My Chenta Hati KFC kat Dengkil tu. Sedap oooo......

Serba sedikit tentang PSH ni, pembayaran gaji adalah mengikut upah hari. Tangga gaji pula berlainan mengikut tahap pendidikan. Untuk SPM kadar dia RM54/hari, Diploma RM72/hari dan Degree RM100/hari. Lumayan ngakkk??? Tapi tu la. Tempoh dia hanya sementara saja. Sesuai lah untuk mereka yang sambil2 nak mencari kerja yang lebih bagus atau tunggu panggilan kerja yang tetap. Pekerja tetap jangan plak gatal2 nak apply benda ni. Kang menyesal tak suda wa kata sama luuu.....

Ini la sejarah kehidupan aku setia sehidup semati sebagai PSH di :
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
  • Banci Penduduk dan Perumahan 2010
  • Jabatan Audit Negara
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Dan latest Kementerian Pengangkutan.

Sebenarnya aku da penat tapi nak wat cmne masih tak laku2. Aku da rasa sume duduk di level SPM, Diploma dan Degree. Aku berharap sangat2 semoga aku dapat juga berjodoh dengan SPA. Penantian tu satu penyiksaan. Zahir dan batin....Kuikuikui.... Hanya menumpang kasih pada Sang Chenta Hati. Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur masih lagi mendapat tempat untuk mencari rezeki di bumi yang luas ini. Terima kasih Ya Rabb...Hamba bersyukur di atas nikmat-Mu.....:)

 (kenangan terindah)


(Cik Rara yang masih setia)

Tata...Times up.....See yaaaa....:)


Kotak Hati Berbicara : Alhamdulillah ada lebihan nasi ayam untuk dibawa pulang buat Sang Chenta Hati. Sekarang pergi kerja dah awal sebab CH da kerja kat KL. Seronoknya menghirup bayu subuh ditemani CH dan sang kapcai. Sang kapcai yang banyak berjasa..:)

Monday, 21 January 2013

~ EXCITEDDDD??? ~

Salam Monday Blues.....

Lama tak hapdate blog ini. Asyik tak menyempat jer. Actually aku nak abadikan coretan aku pada hari ini di blog ni mengenai..............

Alaaa...benda tak penting pun pada orang lain tapi agak penting bagi aku kerana arini ulang bulan aku keguguran. Hermmm. Nak sdey ke?? Tak perlu kan sebab dan puas bersedih dan kite kene tau setiap manusai ada bahagiannya masing2. Tak gitu??

Actually terkesan jugak di hati saat menulis ni. Tapi orang kata "Come on la Sara. Muda lagi. Banyak masa lagi". Ehehe. Betul tu. Doakan aku dimurahkan rezeki yer. Untuk pengetahuan, bulan lepas aku keguguran pada 21 Disember 2012 jam 4.30 petang. Cheewah. Maklumat detail lagi. Puncanya adalah disebabkan terlampau EXCITEDDDD. Hahaha....

Yaaaa. Memang terlampau excited sebenarnya. Sapa tak excited bila tau diri berbadan dua. Ce gitau. Pulak2 kandungan itu adalah hasil dari Chenta Hati Kesayangan. Opkos la kan. Tapi itu bkan penyebabnya keguguran. Banyak yang bole dirumuskan tapi aku dan Chenta Hati mengambil pendekatan bahawasanya mungkin kami belum bersedia menggalas tanggungjawab tersebut. Mungkin Tuhan lebih mengetahui kan...Mak aku cakap "Tak pe Sara....nanti dia jadi 'Toughlight' kamu di alam kubur". Ngeh2. Nampak macam lawak tapi aku tau mak nak hiburkan hati aku. Thanx Mama Kesayangan ku....

Yea....Aku da boleh terima semuanya tapi terkadang pasti teringat jgak. Normal la tu. Lepas berurut hari tu, aku mula berpantang...kahkah (Pantang la sangat). Bidan cakap anak aku perempuan. Ntah mana dia tau aku pun tak pasti. Mungkin "pendamping" nya bagitau kot. Hahaha. Kuatnya imiginasi luar kawalanku.

Sepatutnya hari ni Monday Blues kan. Tapi aku happy plak hari ni. Ini adalah disebabkan Cik Toilet telah mengembirakan hatiku. Kahkah. Nampak pelik. Bahasa tersirat aku ni. Semoga aku dimurahkan rezeki dunia & akhirat, mendapat keluarga Sakinah, Mawadah wa Rahmah dan hidup bahagia bersama Chenta Hati dan Zuriat-zuriat kami. Insyallah....Doakan ye kawan-kawan....:)



                                                             (sekadar gambar hiasan)

Kotak Hati berkata : Buat janin mama Nur Arissa Iman binti Ridwan. Mama sentiasa mengingati detik kita disatukan buat sementara itu. Semoga kita berjumpa di alam yang lain. Jadi "Touchlight" mama ye Sayang. Save the date 21/12/12.

Friday, 11 January 2013

~ Dia Pulang ~

Salam Jumaat Semua.....

Yeahh. Hari yang dinantikan selepas 11 hari tidak berjumpa. Selamat pulang My Chenta Hati. Hahahaha. Ingatkan nak masak nasi lemak kegemaran dia tapi pikir2 balik alangkah sedapnya lau dapat menikmati Nasi Ayam Baek Punya kat Purtajaya. (Presint 16) tu. Nak tukar plan la...Kita makan nasi lemak esok pagi sarapan ye.


Alhamdulillah Chenta Hati telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai. Rezeki kawin kami...Alhamdulillah...Semoga terus dimurahkan rezeki pada masa-masa mendatang. Dan aku juga masih mengharapkan agak mendapat rezeki yang lebih baik seperti Chenta Hati. Murah rezeki dia. Mybe sbb suka tolong orang kan.


Okey petang ni dia balik....Perkara pertama nak buat salam tangan dia dan bancuhkan Nescafe. Hahaha.....Indahnya alam perkahwinan. Kepada sesiapa yang belum kawin tu cepat2 la ye. Hehehe. Nanti menyesal. Insyallah ada rezekinya.....


Orait Cik Rara mengundur diri dulu. Esok lusa cuti. Planning nak dating dengan My Chenta Hati.....:)

Thursday, 10 January 2013

~ Rindu nak mengandung lagi ~

Assalamualaikum...

Terlalu lama rasanya Rara dah tingggalkan blog ni....Serasa macam teringin pulak nak
 mencoret sesuatu dan mengimarahlan lagi blog ini.....Mungkinkah itu azam baru 2013....Hahaha....Hopefully.......:)

Sementara nak menunggu waktu pulang ni and dah xtau ape nak wat kat opis ni tiba2 kenangan lalu menyapa kembali.....Rindu rasanya nak mengandung lagi.....haha.....xdapat nak ungkap perasaan tu tapi Rara akui itulah saat yang paling bahagia buat kaum wanita.....bila la agaknya ye???

Rara baru pas keguguran.....tapi Rara percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.....kan...kan...Think positif okey.....Pada awal keguguran agak parah jgak la......selalu sedih...selalu menangis...down dan etc. Tapi percaya la.....walau kite berusaha sekuat mana....dan jika Tuhan mengatakan itu bukan milik kita...bukan rezeki kita....maka siapalah kita untuk merungut dan mengeluh......

Selepas kejadian itu, My love bawak Rara pergi 2nd honeymoon....Hahaha.....lau berdua tu kira honeymoon la kan.....Rara pergi Langkawi......Sepanjang 24 Tahun hidup xpernah menjejaki Langkawi.....Rara sempat minum air Tasik Dayang Bunting....hahaha... Payau rasanya.....Bila lagi nak rasa kan......Dan apa yang bole Rara simpulkan adalah "Vacation Is The Best Therapy "selepas melalui perkara yang menyedihkan ini......Sebenarnya untuk hidup kembali ceria juga adalah salah satu azam tahun baru Rara....Rara kene kuat semangat.....


"Sesungguhnya manusia merancang sesuatu dengan cita-citanya tetapi Allah menetapkan dengan cintaNya"......


Nota Kaki: Tak sabar nak tunggu esok.......hari yang agak gembira buat Cik                 Rara....Jumaat 11/1/2013...Menanti Seseorang Yang Dirindui......<3