Baru je dapat duduk depan PC lepas dah siapkan semua kerja. Now masa untuk mencorat-coret. Oke la entry kali ini aku teringin nak share dengan semua pasal apakah itu Pekerja Sambilan Harian. Haaaa...pernah dengar tak kamu-kamu semua? Tak familiar sgat kan tetapi gelaran PSH itu terlalu sebati dalam hidup aku....
PSH bermaksud satu pekerjaan yang halal lagi suci. Haha..merapu lagi. Memang keje yang halal tapi agak dipandang sepi (sbb selalu orang jawatan tetap pandang sebelah mata). Ia adalah satu jawatan yg disediakan oleh kerajaan mengikut tempoh tertentu. Dalam pekeliling da state 3 bulan jerrr tapi bergantung juga pada sesuatu Jabatan tu (aku pernah dapat yang setahun). Dan pengambilan dia bukan lah melalui SPA seperti yang diidamkan oleh semua orang tetapi melalui Kemeterian tu sendiri. Camne nak apply?? Haaaa.... Antar je kat setiap kementerian yang korang kenan tu.....Camne nak dapat kan alamat??? Haaaa.....tu kene tanye Encik Google ye...Ehehehe....
Tak bagus sebenarnya kerja PSH ni tapi aku pun xtau nape aku suke keje ni. Secara logiknya macam buang masa je sebab jangan mimpi la Kerajaan nak serap. Mungkin ini je yang aku mampu wat masa ini. Macam manusia xda wawasan kan. Tapi sekurang2nya aku tak duduk umah goyang kaki dan tak menyusahkan orang. Yang penting aku dapat bagi duit lanjer bulanan kat Mak aku dan kadang kala belanjer My Chenta Hati KFC kat Dengkil tu. Sedap oooo......
Serba sedikit tentang PSH ni, pembayaran gaji adalah mengikut upah hari. Tangga gaji pula berlainan mengikut tahap pendidikan. Untuk SPM kadar dia RM54/hari, Diploma RM72/hari dan Degree RM100/hari. Lumayan ngakkk??? Tapi tu la. Tempoh dia hanya sementara saja. Sesuai lah untuk mereka yang sambil2 nak mencari kerja yang lebih bagus atau tunggu panggilan kerja yang tetap. Pekerja tetap jangan plak gatal2 nak apply benda ni. Kang menyesal tak suda wa kata sama luuu.....
Ini la sejarah kehidupan aku setia sehidup semati sebagai PSH di :
- Jabatan Perangkaan Malaysia
- Banci Penduduk dan Perumahan 2010
- Jabatan Audit Negara
- Jabatan Perdana Menteri
- Dan latest Kementerian Pengangkutan.
Sebenarnya aku da penat tapi nak wat cmne masih tak laku2. Aku da rasa sume duduk di level SPM, Diploma dan Degree. Aku berharap sangat2 semoga aku dapat juga berjodoh dengan SPA. Penantian tu satu penyiksaan. Zahir dan batin....Kuikuikui.... Hanya menumpang kasih pada Sang Chenta Hati. Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur masih lagi mendapat tempat untuk mencari rezeki di bumi yang luas ini. Terima kasih Ya Rabb...Hamba bersyukur di atas nikmat-Mu.....:)
(kenangan terindah)
(Cik Rara yang masih setia)
Tata...Times up.....See yaaaa....:)
Kotak Hati Berbicara : Alhamdulillah ada lebihan nasi ayam untuk dibawa pulang buat Sang Chenta Hati. Sekarang pergi kerja dah awal sebab CH da kerja kat KL. Seronoknya menghirup bayu subuh ditemani CH dan sang kapcai. Sang kapcai yang banyak berjasa..:)
mang best la jadi PSH..saya baru je dapat tawaran PSH kat kementerian pelajaran Malaysia
ReplyDeletemacam mana nak apply PSH ni? dia kena interview x?
ReplyDelete& kalau dapat, ada sedia tempat tinggal sementara x (macam hostel ke)..
saya berminat nak apply memandangkan tak ada offer spa lagi ni.hehe
Just hantar je resume n surat rasmi tentang keterangan diri kat mana2 kemneterian yang awak minat...saya hantar je kat seluruh kementerian kat Putrajaya ni...Insyallah ada rzki akan ada kementerian yang panggil..tempat tinggal memang xda..kos pengankutan pun atas tanggungan sendiri..still ada interview..Even PSH pun setiap kali ada intvw memg ramai yang akan hadir..Good Luck...
ReplyDeletemaksud kak antar ke setiap kementerian tu kepada siapa untuk diberi perhatian? ketua pengarah kementerian or apa? mohon penjelasan please
ReplyDeletePerhatian kepada bahagian pengurusan sumber manusia..diorang yg btanggungjwab arrange pengambilan ni..
ReplyDeleteassalammualaikum..boleh share macam interview dengan jabatan perangkaan..agak2x soalan yg ditanya berbentuk ape yer ?
ReplyDeleteBiasa apa dy tanya masa iv psh ni???sy bru dpt iv kpdnkk
ReplyDeletejgn terima tawaran PSH, anda tidak dilindungi andai berlaku kemalangan,crilh kerja lain,sy pkrja psh JA29, terlibat dlm kmlgn dn x dpt ap2 pun,semasa menaip ni hnya guna sblh tgn, harap ambil pengajaran tq
ReplyDeleteSaya pun ada pengalaman kerja PSH ni..pun sma mcm cik blogger d atas, kerja dkt DOSM..stakat yg sy tau, setiap PSH tu ada insuran yg melindungi melainkan tempoh insuran tu dah tamat..mcm kejadian masa sy msh bkerja d DOSM, ada sorang rakan sekerja eksiden & sgt kesian sbb x kena tanggung..rupa2nya insuran tu dah tamat tempohnya..tp itu klu d DOSM la, mmg akan d sarankan ambk insuran
DeleteBoleh ke PSH ni diserap terus jadi Pekerja tetap?
ReplyDeleteHuhu..jawapan nya mmg tidak sama sekali bro..aku dah 6 tahun sambilan di Perbadanan Putrajaya..klau nak jawatan kontrak tetap mesti isi mcm peminta kerja bukan psh...kecuali klau kau anak somebody la mmg dpt la
DeleteTakde jaminan boleh serap terus
ReplyDeleteinterview psh ni mcm mana ya? mcm iv kerja tetap ke
ReplyDeleteTak pn. Kdg2 depends pd org yg kita kenal. Haha.. sbb iklan secara dalaman mostly. . Yelah, nk on the spot pastu kje kjap2, 3 bln mcm tu je. Sbb tu dorang prefer yg kenal2 je. Senang nk komunikasi, bkjsama tp tgk pengalaman la jg blh bt kje ke . Huahuahua
ReplyDelete